Posts Tagged ‘obat gout’

Terdapat macam-macam ubat gout di pasaran, tetapi sebenarnya kebanyakan ubat gout tersebut adalah ubat tahan sakit yang turut digunakan untuk sakit yang lain. Ubat yang spesifik kepada gout adalah seperti colchicine, allopurinol, uloric yang biasanya untuk tujuan pengawalan asid urik sahaja.

Ubat gout sebenarnya tidak begitu mahal, yang mahal adalah Yuran Doktor itu. Ini adalah ubat gout yang dinyatakan di atas hanya boleh didapat melalui preskripsi doktor. Cuba bayangkan beban dari segi kewangan bagi seorang pesakit gout kronik yang terpaksa jumpa untuk dapatkan ubat gout atau suntikan setiap 2 atau 3 minggu.

Malah, itu cuma permulaan sahaja. Kos sebenar ubat gout itu adalah kesan sampingan yang bakal timbul ekoran daripada pengambilan macam-macam ubat gout dan penahan sakit untuk jangka masa yang panjang. Antara kesan sampingan yang kerap dijumpa pada para pesakit gout adalah kemerosotan fungsi buah pinggang atau ginjal. Apabila buah ginjal itu langsung tidak boleh memproses darah lagi atau rosak habis, pesakit tersebut terpaksa melalui dialisis yang memakan kos pebelanjaan yang besar. Ini memang akan menimbulkan tekanan dari segi kewangan dan emosi kepada magsa tersebut.

Saya bukan nak kutuk ubat gout, tetapi anda sendiri tahu setakat mana ubat-ubat kimia itu boleh memperbaiki keadaan kesihatan anda. Sudah tiba masanya kitai belajar tentang penyakit ini dan mencari jalan alternatif yang lain.