Colchicine merupakan satu ubat yang paling popular di kalangan pesakit-pesakit gout. Ia merupakan toksik semula jadi yang dieksrak daripada sejenis tumbuhan yang bernama Colchicum sejak ribuan tahun lagi. Kajian sains menunjuk Colchicine sudah pun digunakan Tamadun Mesir lagi untuk merawat pelbagai penyakit.
Sebagai ubat gout, penggunaan Colchicine perlu dikawal dengan rapi. Ia hanya boleh diambil atas prescripsi doktor. Ini adalah kerana pengambilan colchicine yang berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius seperti anemia, kerosakan sum-sum tulang, dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan.
Kini, Agensi Pengawalan Ubat Amerika Syarikat (FDA) telahpun mengumumkan bahawa pengambilan Colcicine melalui suntikan adalah dilarang sama sekali. Video berikut menunjukkan kesannya.
Rawatan Gout 2