Posts Tagged ‘gaut’

Sejak penubuhan laman web ini, saya kerap terima e-mail daripada pesakit-pesakit gout yang mengadu bahawa ubat-ubat gout yang sudah mereka makan sejak bertahun-tahun lalu itu bukan sahaja tidak boleh menyembuhkan masalah gaut mereka, malah, ubat-ubat kima itu cuma menjadikan badan mereka semakin lemah dan lesu.

Kini, ramai daripada mereka turut menghidap penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan sakit jantung. Tak tahu lah sama ada semua itu merupakan kesan samping ubat-ubat gout yang tidak boleh sembuhkan sakit gout itu.

Selain daripada e-mail yang komplain tentang ubat gout yang tak guna itu, saya turut terima beberapa e-mail yang mengatakan bahawa masalah gout mereka sudah berkurangan semasa mereka berada di tanah suci Mekah. Perkara ini sangat menarik perhatian sehingga saya berhari-hari mengaji dan mencari apakah sebabnya. Selain daripada kuasa Tuhan yang Maha Mulia, saya turut dapati satu penerangan yang lebih saintifik, iaitu…

Air ZamZam

Air ZamZam Ajaib

Air ZamZam


Air suci ZamZam mengandungi kandungan mineral semula jadi yang tinggi yang menyebabkan Ia bersifat Alkali. Memandangkan gaut adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di dalam badan. Maka, dengan alkalian yang tinggi air suci, ia boleh meneutralkan asid urik yang merupakan akal umbi masalah gout ini. Ada yang berangkak naik kapal terbang semasa pergi ke Mekah dan sampai boleh melompat lari selepas kembali. Ajaib? Anda tentukan.

Memandangkan pelbagai bukti dan testimoni yang menyokong Air Suci yang sungguh ini, saya turut mencari-cari macam mana boleh mendapatkan air ajaib yang beralkali ini di negara kita. Tetapi ini merupakan apa yang saya jumpa….

“…Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah…”

Ini membuat saya tertanya-tanya dari mana orang-orang tertentu dapatkan sumber Air ZamZam yang dijual di Malaysia. Harganya bukan murah! RM10 untuk satu botol 1.5 Liter. Kalau memang tulen, tak pe lah. Yang takut adalah ia cuma air paip yang ditapis!

Saya turut mencari-cari apakah sumber air alkali yang boleh memberi kesan peneutralan seperti Air ZamZam. Saya terjumpa satu laman web yang turut ceritakan konsep pengalkalian dan gaut, ia turut mencadangkan satu produk yang berjenama MineralCas Jinliyuan yang boleh neutralkan asid urik badan. Boleh lah cuba, mana tahu berkesan untuk anda. Sila kunjungi => www.RawatanGout.com untuk baca sendiri penerangan mengenai penawar gout alternatif yang mujarab itu.

Terdapat macam-macam ubat gout di pasaran, tetapi sebenarnya kebanyakan ubat gout tersebut adalah ubat tahan sakit yang turut digunakan untuk sakit yang lain. Ubat yang spesifik kepada gout adalah seperti colchicine, allopurinol, uloric yang biasanya untuk tujuan pengawalan asid urik sahaja.

Ubat gout sebenarnya tidak begitu mahal, yang mahal adalah Yuran Doktor itu. Ini adalah ubat gout yang dinyatakan di atas hanya boleh didapat melalui preskripsi doktor. Cuba bayangkan beban dari segi kewangan bagi seorang pesakit gout kronik yang terpaksa jumpa untuk dapatkan ubat gout atau suntikan setiap 2 atau 3 minggu.

Malah, itu cuma permulaan sahaja. Kos sebenar ubat gout itu adalah kesan sampingan yang bakal timbul ekoran daripada pengambilan macam-macam ubat gout dan penahan sakit untuk jangka masa yang panjang. Antara kesan sampingan yang kerap dijumpa pada para pesakit gout adalah kemerosotan fungsi buah pinggang atau ginjal. Apabila buah ginjal itu langsung tidak boleh memproses darah lagi atau rosak habis, pesakit tersebut terpaksa melalui dialisis yang memakan kos pebelanjaan yang besar. Ini memang akan menimbulkan tekanan dari segi kewangan dan emosi kepada magsa tersebut.

Saya bukan nak kutuk ubat gout, tetapi anda sendiri tahu setakat mana ubat-ubat kimia itu boleh memperbaiki keadaan kesihatan anda. Sudah tiba masanya kitai belajar tentang penyakit ini dan mencari jalan alternatif yang lain.