Gout adalah satu jenis kesakitan yang sungguh menyeksakan, ramai mengatakan ia merupakan sakit yang paling ketara di dunia (mungkin tak setanding dengan kesakitan yang ibu perlu tanggung semasa melahirkan anak. Yang sudah tentu adalah semasa serangan gout berlaku, hanya satu fikiran yang wujud di dalam otak iaitu: “Apakah ubat gout yang paling mujarab?”

Kalau tujuan anda adalah untuk hilangkan sakit gout yang sedang alami dengan segera, ubat gout paling mujarab adalah pergi ke klinik terdekat dan dapatkan suntikan steroid yang paling power daripada doktor. Biasanya sakit gout akan hilang dalam setengah jam selepas suntikan diberikan. Tetapi cara ini hanya boleh diamalkan tidak lebih daripada 3 kali dalam setahun. Ini adalah kerana steroid merupakan unsur kimia yang kuat dan akan merosakkan buah pinggang jika diguna tanpa kawalan.

Anda mungkin akan mencari-cari di Internet dengan harapan untuk jumpa satu ubat gout paling mujarab dan semula jadi. Anda akan jumpa macam-macam herba atau ubat gout tradisional yang dikatakan berkesan. Saya tidak mahu komen tentang produk-produk di pasaran. Tetapi ikut logiknya, segala ubat baik moden atau tradisional yang dikatakan boleh hilangkan sakit gout dengan segera memang mengandungi unsur kimia yang setanding steroid. Jika anda nak hilangkan sakit gout dengan segera tak kira kesan sampingan jangka masa panjang, silakan. Segala ubat gout yang dibagi oleh doktor adalah unsur kimia yang semata-mata menahan sakit dan menindas penghasilan asid urik, tetapi tiada satu pun boleh mengeluarkan takungan asid urik yang sedia ada di dalam badan.

Sebenarnya, penawar gout yang paling mujarab adalah air, khasnya air ionik yang bersifat alkali. Anda perlu faham bahawa serangan gout adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam badan sehingga ia menjadi kristal urate yang dianggap sebagai bendasing oleh badan. Dengan kata lain, akar umbi sebenar masalah gout adalah asid urik. Ikut logik sains yang mudah, hanya satu benda di dunia yang boleh neutralkan asid, tak kira asid urik ker, asid laktik ker, adalah… alkali.

Air alkali ionik adalah air yang dihasilkan dengan mencampur mineral (kalsium) yang telah dicajkan dengan tenaga ionik. Apabila unsur alkali ini dimasukkan ke dalam air, caj ioniknya akan mengutupkan molekul-molekul air supaya menjadi bersifat antioksida dan beralkali. Rasa air alkali ionik adalah seperti Air zam zam yang baru dikeluarkan daripada perigi di tanah suci, iaitu licin dan ada rasa payau.

Kita semua pun tahu bahawa gout adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di dalam badan. Dengan kata lain, akar umbi masalah gout adalah ASID URIK!

Tetapi yang pelik adalah, ubat-ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor adalah ubat tahan sakit dan anti-inflammatory (hilang bengkak) yang bertujuan untuk mengawal kesakitan serangan gout, tetapi ubat gout seperti ini tidak adalah sebarang fungsi dalam pengurangan paras asid urik dalam badan.

Anda mungkin kata terdapat sejenis ubat gout yang digelar Alluporinol (jenama: Zyloric, Zyloprim atau Uloric) yang dibagi oleh doktor untuk tujuan pengawalan paras asid urik. Ubat-ubat ini memang direkacipta untuk tujuan penurunan tahap asid urik dengan merencatkan enzim-enzim yang menukar purin kepada asid urik. Masalahnya adalah, badan kita memang perlu menyingkirkan purin lebihan dalam bentuk asid urik. Ubat-ubat perencat itu telah mengganggu kitaran purin dan menyebabkan pengumpulan purin di dalam badan yang seterusnya menyebabkan macam-macam kesan sampingan seperti cirit-birit dan masalah kulit.

Terima hakikat ini… Ubat Gout TIDAK boleh sembuhkan gout anda! Ia cuma untuk mengawal simptom-simptom gout buat sementara sahaja!

Anda perlu sesuatu yang lebih berkesan dan logik dalam penyingkiran asid urik lebihan dalam badan. Jangan bazir duit dan masa cuba macam-macam herba atau rawatan tradisional. Sakit gout adalah satu penyakit moden, anda perlu sesuatu yang moden untuk melawannya. Moden tidak semestinya mempunyai bahan kimia, dan kini terdapat satu teknologi yang digelar “pengionan” yang boleh menjadikan air minuman harian anda beralkali tinggi.

Asid + Alkali = Neutral.

Konsepnya ringkas dan jelas. Adakah air minuman harian anda bersifat alkali? Uji baru tahu! Untuk penerangan yang lebih lanjut, sila baca petikan di laman web berikut:

=> http://www.rawatangout.com/

Semoga Sihat Selalu.